Monday, June 7, 2010

Wedding Daze PART 1

(sapik azim pinjam ayat ko buat tajuk)

Cuti sekolah dah start. Macam biasalah orang pun nak kawin. Kadang2 wa musykil jugak ape korelasi between cuti sekolah dan kenduri kawin. Macamlah budak sekolah tu yang nak kawin.

This week (5th and 6th June), wa dapat banyak jemputan. Dari Perlis hinggalah Johor, Perak hinggalah Terengganu, semua orang nak kawin. And time ni jugak berlangsungnye acara agung satrianeoclub.com.my, Satria Neo Club of Malaysia Annual Dinner & Annual General Meeting 2010/2011.

Namun atas dasar persahabatan, wa pilih dua, majlis Awin kat Ipoh (sebab dekat) and majlis Sarah kat Mentakab (sebab kawan rapat). Yang lain2 wa tak dapat pergi, sorry guys. Acara agung SNC pun tak dapat pergi (sayang... tapi kawan2 lebih penting). True.

So kami (Rina, Apad, Mokcik & Potet atau R.A.M.P) bercadang untuk gerak dari umah wa kat Shah Alam jam 8.00 pagi, tapi biaselah kol 9.30 baru gerak. Untuk 1st part nih wa just nak cite briefly aturcara perjalanan kami dari Shah Alam - Ipoh - Mentakab - Shah Alam

Saturday 5th June

9.30am - Bertolak dari Shah Alam.

10.00am - Singgah breakfast di RnR Rawang. Mokcik dan Rina mengadu lapar.

1.00pm - Tiba di rumah Awin kat Gunung Rapat, Ipoh. Dengan warna emas dipilih, sememangnye pasangan pengantin Sufian dan Awin adalah Raja dan Permaisuri di hari yg sungguh berbahagia itu. Awin kelihatan sangat anggun. Tahniah buat Awin dan pasangan. Kipeh ialah Pengapit Awin.

2.40pm - Bertolak ke Temerloh.

6.30pm - Tiba di bandar Temerloh (dari Ipoh ke Temerloh 4 jam je weh!) dan check in kat Jelai Hotel. RM 79 per night. Free breakfast. Astro channels in room. Wifi connection. PC (2 nos) at lobby. Hmmm, boleh tahan.

8.00pm - Pergi rumah Sarah. Rumah Sarah sangat besar. Then menyaksikan majlis akad nikah Angah and Sarah. Sekali lafaz. Terbaik la. Yana Hata sebagai Pengapit Sarah. Oh and lauk sangat sedap. 2 pinggan. And Lychee Kang sebagai dessert.

11.30pm - Balik hotel. Wa layan FB jap sampai 2am, jakun dapat wifi free, orang utara cakap 'perak', then tido tarak hengat punye.

Sunday 6th June

8.30am - Breakfast kat hotel.

10.30am - Check out. Jalan-jalan sekitar bandar Temerloh. Hajat nak cari Temerloh Esplanade tapi tak jumpe. Last2 lepak Taman Kenangan. Kenangan betol taman itu. Sesuai dibuat video klip utk lagu 'Tinggal Kenangan'.

12.00pm - Jalan-jalan sekitar pekan Mentakab pula. Singgah masjid utk bergambar sebarang dua. Biasela budak Rumah Biru memang baik2 belaka.

12.30pm - Tiba di kediaman Sarah. Ramainye umat! Pengantin lelaki sampai around 1.30pm. Kali nih tona warna yg dipilih ialah merah jambu a.k.a. pink. Sangat menawan! Wa tertarik dgn lilitan tudung Sarah. Tahniah buat pereka fesyen. Lepas makan kami mencari port lepak yg menarik utk sesi kongsi2 gosip terbaru.

3.00pm - Bertolak pulang.

4.30pm - Tiba di Shah Alam (wa sangat berbangga dgn pencapaian wa, bolehlah wa join Team Lotus lepas nih, hahaha actually wa ade event sempena World Cup 2010 pukul 5 nanti).

PART 2 telah direservekan utk peristiwa2 menarik yg berlaku sepanjang perjalanan, stay tune.

-END of PART 1-

No comments:

Post a Comment

Labels

2nd post (1) Birthday (11) BON85 (1) chips n chops (1) Family (12) Holiday (12) iPhone 4 (1) Karaoke (3) Movie (6) my heart (2) no label (1) SNC (4) Tagged (2) UiTM (1) UNITED (1) Wedding (3) World Cup (6)
Powered By Blogger

Followers

About Me

My photo
SHAH ALAM, SELANGOR, Malaysia
Four-eyed beast