Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Wedding Daze PART 3

H) Rina #2 : Jatuh
Lokasi : Rumah Sarah (Akad Nikah).

Around kol 8.00 sampailah kitorang kat umah Sarah. Besar gile beb, rumah, laman, sume besar. Ade parking space kat sebelah rumah. So kitorang park la kat situ.

Then, utk ke rumah Sarah, perlu cross satu longkang. Actually kami tak pasti sebab gelap and ditutupi oleh rumput yg merimbun. Potet and Apad memang takde prob la since diorang pakai seluar. But for Rina and Mokcik, it was an obstacle since masing2 pakai kain.

Peserta pertama - Mokcik
Mokcik offer herself utk go first. Berbekalkan pengalaman di kem komando, beliau berazam utk menunjukkan contoh yg baik kpd Rina.
Mokcik mengatur pose ala2 CR sebelum mula. Tarik nafas.. lepas.. tarik.. lepas.. Huh! Dan beliau melompat! Cantik! Landing yg sungguh baik sekali, kemas lagi padat. LULUS.

Peserta Kedua - Rina
Rina menuju ke pentas yg akan menentukan nasib beliau. Mukanye tampak sedikit kurang yakin. Mampukah beliau?
Rina membuka langkah. Satu. Dua. Dan tiga! Lepas! Zuuuuuuupppp!!!!! Oh nampaknye beliau gagal mengawal landing beliau lalu terjatuh! Aduh duh duh duh. Jatuh tang lutut. Nasib tak serius. LULUS tapi MENYAKITKAN.

Namun persoalannye sekarang, adakah longkang itu sebenar2nye longkang atau hanya ilusi semata2?

Keesokkan hari barulah kitorang sedar longkang tu bukanlah longkang sangat pun, dah bertimbun dgn tanah.


I) Apad #2 : Biri2
Lokasi : Rumah Sarah (Akad Nikah - Makan2).

Mokcik : Ni daging lembu ke kambing?
Potet : Lembu, ko tak makan kambing? Aku penah makan kambing biri2.
Apad : Kambing biri2 tu anak kambing eh?

(Suasana senyap sekejap... bagaikan malaikat lalu, naik skuter)

WAKAKAKAKAKAKAKA!!!!!! (sume orang gelakkan Apad, termasuk ketua kampung Tok Embun)

Apad : Aku actually terkonfius la dgn istilah 'Sheep' dgn 'Lamb'.

Pape jela Apad.....


J) Mokcik #3 : Cute
Lokasi : Pulang Ke Hotel (Lepas Akad Sarah)

Mokcik tidak semena-mena mengaku beliau 'kanak-kanak comel'. Puh leeeez. Anda dah tua ok? Jangan nak perasan.


K) Rafa Azhana : Skandal
Lokasi : Rumah Sarah (Majlis Resepsi).

Skandal Rafa Azhana Ramle dgn seorang model tersohor tanahair tidak dapat dibendung lagi. Ketika ditemubual beliau enggan mengulas dgn lebih lanjut. "No komen," jawab beliau, ringkas. Paparazzi kami masih lagi dlm proses mencari maklumat.


L) Encik 'A' : Dimanakah?
Lokasi : Rumah Sarah (Majlis Resepsi).

Beberapa hari sebelum majlis Sarah, Encik 'A' telah membuat 2 janji:
1) Janji 1 : Datang ke majlis resepsi Sarah.
2) Janji 2 : Menumpangkan pengapit (Yana) balik rumah after majlis.

Namun beliau tidak datang, sekaligus gagal mengotakan janji2 tersebut. Dimanakah anda Encik 'A'? Dimanakah janji-janji manismu? Dimanakah letaknye erti persahabatan? Dimanakah? Dimanakahhhhhhhhhhhhh???????

Antara quotes yg dipetik dr FB :

Mokcik : 'A', sian yana tunggu bas nak balik kl dr temerloh...ko selambe mungkir janji....cmniela kawan

Potet : yana tu kesian mmg ar kesian, tp aku rasa sarah plg kesian ar, kawan baik dia blh xdtg plak....kalo org lain xpe la, ni 'A' yg xdtg...kalo aku jd sarah, mmg aku kecik ati abis laa...

Lela : tade2....ko da janji ngn aku nk bwk yana balik...nape ko x dtg???smpi hati ko 'A'!!! huh!

Apad : 'A', kalau mcm ni la ko buat kat kawan2 ko, then aku harap kite xkan berkawan lagi.

Rina : ayat 'A': akukah yg bersalah?? ko bia btl 'A', x kan x rase pape.. beg tu lg bsr dr yana tau.. nsb x jatuh je mase bwk..

yana yg sadis
Kisah Yana yg sadis


M) Potet #2 : 30 minit
Lokasi : Perjalanan Pulang.

Masing2 bajet boleh stay awake sepanjang perjalanan pulang. Bajet la. Potet macam biaselah, bajet macam bagus. Statement yg beliau keluarkan :

"Well aku memang tak tido, korang bleh check aku every 30 minit."

Kesalahan pertama : Macam la jauh sangat, satu kereta je pun, cume Potet depan and Mokcik+Rina belakang. Apad (driver) tak terlibat dlm equation tersebut. 30 minit eh, haha.

Kesalahan kedua : If betol la 30 minit, Potet boleh je set alarm utk bangun balik bile nak kene check. Bak kate Mokcik, "Hek'eleh ko bleh je set alarm, 5 minit lepas check bleh sambung tido, and 5 minit before 30 minit tuh bleh bangun balik. Dapat la 20 minit tido!" Fail.

Last2 sume orang tido, macem haremmmmmmmmmmmmm.............

Maka tamatlah pengembaraan SHAH ALAM - IPOH - MENTAKAB - SHAH ALAM kami. This week kenduri rumah Ain wa tak dapat join. Will be at KK until next Thursday, so will be not updating my blog till then. Sekian.

Tuesday, June 8, 2010

Wedding Daze PART 2

So seperti dijanjikan PART 2 ni khusus utk peristiwa2 menarik atau lebih spesifik istilahnye, 'Bahan'. Utk entri nih wa nak bahasakan diri wa sebagai orang ketiga bagi mengelakkan unsur2 bias.

Watak2 Utama:
1) Mokcik
2) Potet
3) Rina
4) Apad

Watak2 Pembantu:
1) Kipeh
2) Yana Hata
3) Pokpih
4) Encik 'A'
5) Rafa Azhana
6) Receptionist Hotel Jelai


A) Mokcik #1 : Mimpi
Lokasi : Shah Alam - Memulakan perjalanan.

Mokcik asalnye tak dapat join. Namun beliau mendakwa telah mendapat seruan melalui mimpi. Apad berada dlm mimpi tersebut. Oh tidak. Namun dlm 2nd version dan 3rd version beliau mengolah semula dgn memasukkan watak Rina dan Potet dlm mimpi tersebut, kononnye bagi mengelakkan kontroversi.


B) Kipeh : Pengapit
Lokasi : Ipoh - Majlis Awin.

First of all, ape tugas pengapit? Tugas pengapit ialah menjaga ape2 je keperluan pengantin sehinggalah selesai majlis. Pendek kata sebagai PR pengantin.

So nak dipendekkan cite, Kipeh ialah pengapit Awin. Lepas kitorang bergambar, Kipeh sangatlah gelabah and kalut mencari beg beliau. Ape la yg nak gelabah sangat pun. Then beliau jumpe la beg beliau. Ketika itu jam menunjukkan jam 2.30 petang. Suddenly beliau mengeluarkan statement yang wa yakin takde sape kat bumi nih hatta kat planet marikh sekalipun akan jangka.

"Weh korang aku nak balik dulu. Nak tengok Lagenda Budak Setan."

Suasana hening seketika. Ade la bunyi gagak sikit. Kitorang like, wat de ef? At first we all like, hahaha, kelakar. Pandai jugak ko buat lawak ye. But she's serious. OMG. Then beliau pulang tanpa rase bersalah. Plus with the happy face. Kami sume tepuk dahi beramai-ramai. Pengapit Tinggalkan Pengantin. Fail.


C) Rina #1 : Rumah
Lokasi : Genting Sempah - Menuju ke Temerloh.

Entah macamane tiba2 muncul isu rumah. Rumah di sini bukanlah bermaksud rumah teres atau rumah setinggan, tetapi merujuk kpd rumah sukan. Jom saksikan watak2 utama kali ini.

1) Mokcik - Rumah Biru
2) Potet - Rumah Biru
3) Rina - Rumah Merah
4) Apad - Rumah Biru

So obviously salah seorang itu haruslah merasa 'out of place' and 'no chance of winning' if ade debate berkenaan hal2 kerumahan. Tapi beliau tak sedar, lalu mempertikaikan kesucian Rumah Biru and it takes just one simple question from we all :

"Namakan seorang budak kes @ budak jahat from Rumah Biru, anyone."

And of course jawapannye ialah "None."

Rina akhirnya percaya kewujudan 'Sorting Hat (Harry Potter)' kat SMAPL.


D) Mokcik #2 : Gugurl
Lokasi : Lebih kurang lepas insiden C.

Mokcik tetibe cakap Pokpih macam gugurl. Alasan? Pokpih bawak barang banyak bile travel. Kami sume marah Mokcik.


E) Apad #1 : Tisu
Lokasi : Selepas Petronas (Lanchang kalau tak salah).

Rina : "Kereta ko takde tisu ke Apad?"
Apad : "Takde."
Rina : "Nanti if GF ko naik kereta ko and air tumpah, camne?"
Apad : "Aku lap pakai baju aku."

Dalam hati Apad ade taman rupenye.


F) Potet #1 : Bieber
Lokasi : Depan Hotel Jelai (Sebelum check in - still dlm kereta).

Lagu Justin Bieber - Baby berkumandang. Potet suke. Apad tukar frekuensi lain. Potet marah, "Woi pehal tukar plak?" Apad tukar balik frekuensi tadi. Senyap je. Justin Bieber dah malu nak nyanyi. Potet punye pasal la nih. Pastu Potet bertukar menjadi Potet Bieber.


G) Receptionist Hotel Jelai : Sengal
Lokasi : Hotel Jelai (Checking in).

We checked in two rooms at Hotel Jelai, Temerloh, around 6.30pm (booked earlier by Sarah, thanks Sarah!). Satu utk Potet dan Apad, satu utk Mokcik dan Rina.

Receptionist time tuh adelah sorang mamat yg mungkin sedikit kebosanan. Setelah kami selesai bayar deposit, mamat tuh bagi kunci.

Receptionist : Ok 2 bilik, bilik awak 204 dan 206, sebelah2, tapi..... tapi..... takde CONNECTING DOOR tau.

Kami sepatutnye perlu membuat wajah terkejut, namun kami gagal utk mengikut skrip.

-END of PART 2-

Monday, June 7, 2010

Wedding Daze PART 1

(sapik azim pinjam ayat ko buat tajuk)

Cuti sekolah dah start. Macam biasalah orang pun nak kawin. Kadang2 wa musykil jugak ape korelasi between cuti sekolah dan kenduri kawin. Macamlah budak sekolah tu yang nak kawin.

This week (5th and 6th June), wa dapat banyak jemputan. Dari Perlis hinggalah Johor, Perak hinggalah Terengganu, semua orang nak kawin. And time ni jugak berlangsungnye acara agung satrianeoclub.com.my, Satria Neo Club of Malaysia Annual Dinner & Annual General Meeting 2010/2011.

Namun atas dasar persahabatan, wa pilih dua, majlis Awin kat Ipoh (sebab dekat) and majlis Sarah kat Mentakab (sebab kawan rapat). Yang lain2 wa tak dapat pergi, sorry guys. Acara agung SNC pun tak dapat pergi (sayang... tapi kawan2 lebih penting). True.

So kami (Rina, Apad, Mokcik & Potet atau R.A.M.P) bercadang untuk gerak dari umah wa kat Shah Alam jam 8.00 pagi, tapi biaselah kol 9.30 baru gerak. Untuk 1st part nih wa just nak cite briefly aturcara perjalanan kami dari Shah Alam - Ipoh - Mentakab - Shah Alam

Saturday 5th June

9.30am - Bertolak dari Shah Alam.

10.00am - Singgah breakfast di RnR Rawang. Mokcik dan Rina mengadu lapar.

1.00pm - Tiba di rumah Awin kat Gunung Rapat, Ipoh. Dengan warna emas dipilih, sememangnye pasangan pengantin Sufian dan Awin adalah Raja dan Permaisuri di hari yg sungguh berbahagia itu. Awin kelihatan sangat anggun. Tahniah buat Awin dan pasangan. Kipeh ialah Pengapit Awin.

2.40pm - Bertolak ke Temerloh.

6.30pm - Tiba di bandar Temerloh (dari Ipoh ke Temerloh 4 jam je weh!) dan check in kat Jelai Hotel. RM 79 per night. Free breakfast. Astro channels in room. Wifi connection. PC (2 nos) at lobby. Hmmm, boleh tahan.

8.00pm - Pergi rumah Sarah. Rumah Sarah sangat besar. Then menyaksikan majlis akad nikah Angah and Sarah. Sekali lafaz. Terbaik la. Yana Hata sebagai Pengapit Sarah. Oh and lauk sangat sedap. 2 pinggan. And Lychee Kang sebagai dessert.

11.30pm - Balik hotel. Wa layan FB jap sampai 2am, jakun dapat wifi free, orang utara cakap 'perak', then tido tarak hengat punye.

Sunday 6th June

8.30am - Breakfast kat hotel.

10.30am - Check out. Jalan-jalan sekitar bandar Temerloh. Hajat nak cari Temerloh Esplanade tapi tak jumpe. Last2 lepak Taman Kenangan. Kenangan betol taman itu. Sesuai dibuat video klip utk lagu 'Tinggal Kenangan'.

12.00pm - Jalan-jalan sekitar pekan Mentakab pula. Singgah masjid utk bergambar sebarang dua. Biasela budak Rumah Biru memang baik2 belaka.

12.30pm - Tiba di kediaman Sarah. Ramainye umat! Pengantin lelaki sampai around 1.30pm. Kali nih tona warna yg dipilih ialah merah jambu a.k.a. pink. Sangat menawan! Wa tertarik dgn lilitan tudung Sarah. Tahniah buat pereka fesyen. Lepas makan kami mencari port lepak yg menarik utk sesi kongsi2 gosip terbaru.

3.00pm - Bertolak pulang.

4.30pm - Tiba di Shah Alam (wa sangat berbangga dgn pencapaian wa, bolehlah wa join Team Lotus lepas nih, hahaha actually wa ade event sempena World Cup 2010 pukul 5 nanti).

PART 2 telah direservekan utk peristiwa2 menarik yg berlaku sepanjang perjalanan, stay tune.

-END of PART 1-

Labels

2nd post (1) Birthday (11) BON85 (1) chips n chops (1) Family (12) Holiday (12) iPhone 4 (1) Karaoke (3) Movie (6) my heart (2) no label (1) SNC (4) Tagged (2) UiTM (1) UNITED (1) Wedding (3) World Cup (6)
Powered By Blogger

Followers

About Me

My photo
SHAH ALAM, SELANGOR, Malaysia
Four-eyed beast