Thursday, December 30, 2010

Final Matchview feat. Ultras Malaya

Semalam memang havoc. Ultras Malaya turun menggegarkan Hakim Section 7 Shah Alam. Wa bersama Batek, Pokpih and Potet turut join the crowd.

Lepas office wa terus gerak Hakim. Sampai 6.30pm and dah packed dgn manusia. Siap ada booth jual t-shirt/jersey Malaysia. Banner Ultras Malaya tergantung menunjukkan depa dah sampai lagi awai.

Pre-match
Match belum start tapi suasana dah meriah. Gendang dipalu, flare dibakar, sambil menyanyikan chants 'wajib' Ultras Malaya disahut dgn kibaran jalur gemilang dan scarf2 hitam kuning. Macam dalam stadium. Manusia masih bertali arus datang, maka jumlah orang yang berdiri sama banyak dengan yang duduk.

Match
Malaysia perlu bermain dengan tenang, pressure semua ke atas pemain Indonesia. Tatkala Indonesia dapat penalti pada minit ke-17, abih ref jadi mangsa carutan kami. Dan pabila Khairul Fahmi menyambut bola tendangan tersebut dengan mudah, bergegar satu Hakim. Gegaran yang agak serupa berulang bila Safee Sali berjaya membolosi gawang Indonesia pada minit ke-54. Sejak tu player2 Indon semua kami anjingkan, prime target ialah Markus si keeper botak. Walaupun berkesudahan 2-1, Malaysia tetap membawa pulang piala AFF Suzuki dengan agregat 4-2.

Post-Match
Sebaik saja wisel penamat ditiup, kami melompat keriangan. Kami tukar port, join geng Ultras Malaya yang semakin havoc. Chants seperti lagu Negaraku, Inilah Barisan Kita, Champione Champione serta beberapa lagi lagu pembakar semangat dilaungkan diikuti pembakaran flare yang menghangatkan lagi suasana. Adalah jugak dua tiga jurukamera, silap haribulan masuk tv lah kami. Dan kemudian kami pun join perarakan membawa piala replika sepanjang jalan depan Hakim tu sambil menyahut chants sampai muntah.


Thursday, December 23, 2010

Kembali

Ok wa ingat nak kembali post entri, sebenornye wa dgn selambe yaya nye dah create blog baru sebentar tadi. Ape kes? Blog tu dedicate khas utk iPhone 4 wa, utk review applikasi dan permainan yg agak mahsyuk, wa ingat nak publicize la blog tu utk panduan pengguna-pengguna iPhone sekalian.

Tapi tak bermakna wa akan lupakan lu Chips, wa akan try jugak la menghapdet lu jikalau masa dan waktu mengizinkan.

Wa demam pulak hari ni Chips, wa mmg jarang demam, setahun tu ade la 2-3 kali gak la, tapi masih nak dtg ofis gak, setakat demam, apedehal? cuma yelah takut berjangkit lak dgn dak2 office, hopefully x la kot.

(hari ni post tanpa kaler sebab muka wa pun dah xde kaler, batuk kung kang kung kang, abeh bakteria sume wa sebar, wakakakakaka, adehhh terpaksala wa kansel date dgn Lisa malam ni)

Wednesday, December 1, 2010

Kekasih Baru

"I don't want you to give it all up and leave your own life collecting dust"

Eh sorry chips wa tak sengaja tinggalkan lu hingga berhabuk sebegini, yang sebenor-benornye ade la sebabnye wa jadi macam ni, meh wa story kat lu.

Wa nak cite nih, akhirnye, wa dah jumpa kekasih hati wa.....

Citenye berlaku pada jam 10 pagi, 23hb Oktober 2010 bersamaan 15 Zulkaedah 1431. Hari Sabtu. Wa masih ingat lagi betapa cerianya dan indahnya hari tersebut, hati wa girang semacam, makan sarapan pun berpinggan-pinggan, berselera sungguh.

Di hari tersebut wa gerak SACC sorang-sorang. Biaselah da takde awek nak buat camne. Kadang-kadang wa terase macam loser pulak. Eh tak, bukan wa tak laku ok, saje wa jual mahal, kalau diikut nafsu dah lame dah wa jadi laki Lisa Surihani.

Ok nak dijadikan cite wa sampai kat satu kedai kat SACC tu, wa terpandang si dia. Cantik, anggun, menarik ko memang tembam, memang indescribable lah pendek kata. Wa terus jatuh cinta. Wa ingat nak cuba nasib, manelah tau untung-untung badan dapat. Wa pun dengan selambe badaknye masuk kedai tersebut.

Aku: "Awak awak, nak tanye ni wak, iPhone 4 ade stock tak?"

Gadis manis: "Ade, tapi 32GB la, nak?"

Aku: "Of coz!!!"

Lalu wa setelkan pape yang patut, 10 minit kendian setel da, wa balik umah.

Petang tu si gadis manis call gitau line dah aktif sume bagai and da boleh collect iPhone 4, wa bergegas ke SACC seperti tiada hari esok dan memeluk erat baby baruku yang baru dikeluarkan dari kotak itu dengan hati yang berbunga-bunga rafflesia, maka bermulalah episod cinta kami yang semakin hari semakin teguh. (oh yeah sungguh lame ayatku ini)

Friday, October 8, 2010

Lisa Oh Lisa

Aku dan Lisa Surihani. Kami berkawan memang dah lama. Dalam diam aku sebenarnya menyimpan perasaan terhadapnya tapi aku kurang pasti adakah dia juga sama sepertiku. Kini dia sudah menjadi pelakon terkenal tapi aku masih lagi seorang pembantu teknikal di salah sebuah firma konsultan ukur bahan di Shah Alam.

Aku sedang bercuti di salah sebuah hotel ternama. Sedang aku menuju ke restoran hotel untuk makan malam, aku nampak Lisa. Anggun seperti biasa. Dia pun nampak aku. Wajahnya agak terkejut. Aku pun berjalan ke arahnya.

Aku: "Lisa, awak buat apa kat sini?"

Lisa: "Eh, awak pulak buat apa kat sini?" Soalan aku tidak dijawabnya.

Aku: "Buat apa lagi, makan la, tak kan nak main konda kondi kot? hehe, eh jom makan sekali, I sorang nih".

Lisa: "Hikhikhik, jom!"

Kami pun bergerak ke meja buffet untuk mengambil makanan. Aku lihat Lisa macam datang bersendirian. Pelik juga gadis secantik itu tidak berteman.

Aku: "Awak datang sini bercuti?"

Lisa diam.

Aku: "Atau ada shooting untuk penggambaran filem?"

Dia masih tidak menjawab. Sebaliknya wajahnya tiba-tiba menjadi sedih.

Aku: "Eh kenapa ni Lisa? Awak ni, if ada masalah, ceritalah kat I, you know that you can tell me anything, hmmm?"

Ekspresi wajah Lisa menjadi semakin sedih. Seolah-olah mahu menangis. Tiba-tiba dia berlari keluar dari restoran itu.

Aku tercengang seketika. Tergamam. Bagaikan telah dihipnosis. "Ish apa aku buat ni?" Aku meletakkan pingganku di meja buffet itu lalu bergegas mengejar Lisa.

Aku keluar dari restoran. Lisa tidak kelihatan. Aku teruskan berlari, berdasarkan gerak hati. Aku turun tangga. Sekali langkau dua tiga anak tangga. Ni kalau jatuh pun aku tak peduli, Lisa harus kucari.

Di lobi ku lihat terdapat lebih kurang 10 orang berkumpul, mengerumuni sesuatu. Aku risau. Semakin hampir semakin jelas imej sesusuk tubuh kelihatan berbaring di atas karpet lobi itu, lemah. Lisa.

"Lisa!!!!! Apsal nih? What happened?," tanya aku dangan nada yang penuh emosi.

"Dia pengsan. Tak cukup makan," jawab seorang yang agak berumur. Aku pelik macam mana la dia boleh tau.

Aku pun tanpa banyak berfikir terus mendukung Lisa lalu berlari-lari anak menuju ke destinasi yang aku sendiri pun tak tahu. Aku naik balik tangga yang aku turun tadi. Sampai kat atas tiba-tiba Lisa bersuara,

Lisa: "Dah la tu, sampai bila awak nak dukung saya ni? hehe."

Aku: "Eh awak ni ok ke tidak ni Lisa?"

Lisa: "I ok je, saje je tadi."

Aku: "Eeeeee awak nih, buat I risau tau tak? Main-main pulak awak nih! Huh!!!"

Kemudian, kami menuju ke coffee house dan berjumpa dengan Faizal Tahir. Part ni aku tak faham. Kami sembang-sembang, tiba-tiba henponku berdering. Aku seluk poket aku. Tiada henpon. Deringan itu semakin kuat. Aku gelabah. Masih lagi berbunyi. Tak henti-henti. "Aaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!"

Aku terjaga, alarm henponku berbunyi, memecah keheningan pagi. Ku capai henponku, mematikan alarm. Lalu tersenyum dan berkata kepada diri sendiri, "La mimpi rupanya, ceh, Lisa Surihani, mimpi aku pun kau nak masuk ke? Lisa oh Lisa..."

Wednesday, October 6, 2010

Henset wa jahanam!!!

Minggu lepas wa telah successfully menjahanamkan henset wa, ape sebab? Itu time wa tgh charge mamat w810i tu, plug tercucuk kemas kat soket 3-pin kat dinding, henset atas katil. Tapi sebab ade ruang antara dinding n katil, maka wirenye dlm keadaan suspended la, bukan suspender. Ok tak kelakar.

Sekali wa dgn keadaan separa sedar bagai dirasuk hantu, mentrippedkan kaki wa dgn the charger's wire yg connected to the phone itu. Mungkin wa agak tergesa-gesa time tu, atas sebab hape wa pun kurang pasti. Lisa Surihani datang rumah agaknye. Lalu terhempaslah phone tersebut dgn ganas seganas lagu Metallica ke arah dinding (atau ke lantai?). Bunyinye agak menakutkan.

Wa cepat2 mencapai menatang tuh. Keadaan luaran tampak OK. Takde la skrin retak ke hape ke. Tapi skrin terpadam. Wa cuba tekan punat 'ON' kat henpon Sony Ericsson tu. Lagu intro SE kuar. OK. Logo SE kuar. OK. Lepas tu je, muncul lak dua garisan misterius yg tak penah ade sebelum nih, melintang lalu membujur patah, eh silap pulak. Kalau 3 line bleh lagi buat brand.

Pastu belum sempat wa nak skrol2 fungsi lain, tup tup skrin jadi gelap, wa on balik. Mati balik. Wa try lagi. Pun same jugak. Wa try lagi. Pun same mcm pak aji jugak. Last2 wa biar je. Rupe2nye menatang tu on off on off dgn sendirinye sampailah beliau kehabisan bateri. Sah la ko dah jahanam. Pastu wa pun menadah kedua2 tangan dgn henpon wa yg dah sampai ajal tu diatasnye seraya bernyanyi, "Di mana kan ku cari ganti..." Ok tipu, wa campak je dalam laci, simbolik kubur la gamaknye. Bye bye w810i ku, u will always be in my heart.....

Tuesday, October 5, 2010

BZ Bzzzzzzz BZ BZ Bzzzzzzzzz

monday;
1) TEST arab
2) submit asgmnt PP_final acc.

tuesday;
1) submit applied study_tender report
2) submit & presentation econimic_FS

wednesday;
1) TEST measurement_earthwork
2) submit asgmnt measurement_preliminaries

thursday:
1) submit asgmnt constech_highway [double confirm]
2) TEST economic

friday:
1) submit asgmnt measurement_landscape


SOURCE: direct copy paste from my inbox

*sekadar mengelap habuk dari blog wa, tak mustahil sengsawang lelabah pun ada nih, silap haribulan kulapuk pun bleh tumbuh.

Wednesday, September 15, 2010

Masih Beraya?

Okeh 2nd day bekerja selepas cuti, suasana di sekitar ofisku ini masih sunyi sepi, yg ade hanyalah makcik-makcik cleaner yg keje cuci mencuci, kereta2 di carpark pula menghilangkan diri, mereka-mereka ni masih beraya barangkali...

Sebut pasal raya nih teringat plak kisah daku beraya di perantauan suatu ketika dahulu, sempat la 2 kali raya kat kota metropolitan yg bernama London itu. (Lalu bertukar ke English slang Londoner pulok). The first one it was back in October 2006, not long after I arrived from Malaysia to complete my degree in Quantity Surveying. At that time i was staying at the students residence at New Kent Road, just a stone throw away from the university, London Southbank University.

Fasting? Biase je, just that you have to bear watching people eating down the streets, haha, oh suddenly I remembered the Pakistani shop which I went to get food supplies, oh and the pizza place for break fast, bbq chicken and jalapeno peppers were my preferable toppings. Usually I brought home the pizza and enjoyed it on my bed while its still hot, ahh heaven...

That raya memang tak rasa langsung. Takbir raya takde, lagu-lagu raya jauh sekali. I think I'm the only Malay at that uni. My neighbour the Dubai guy probably went back to Dubai to celebrate Eid with his family. Orang kaya takpe la. Thank Allah my auntie and cousins visited me, and brought rendang, haha.

The next following raya was somewhat different. October 2007. At that time I've moved to Barking. Although the place was quite far, the rent was far cheaper. 150 GBP per month only. The landlords were a couple of elderly Irish. They were very nice bunch of people.

Moreover there were more Muslims at Barking, mostly Indians and Pakistanis. More Muslims restaurant to choose from, briyani, kebabs, just name it. I still remembered the taste of their lamb briyani, having it for break fast while watching my favourite series 'The IT Crowd', SUPERB!

Raya was better than last year's, I got to know more people, went to more gathering functions, eating ketupat rendang lontong and all that, haha, just like home. Aaah, missed London a lot, we'll meet again sometime in the future ;)

Tuesday, September 14, 2010

Raya Oh Raya

Ok setelah lima hari cuti, hari nih wa masuk ofis balik. Cuti lama2 pun xtau nak buatpe gak, adik nak amik UPSR, so kami tak balik Penang tahun nih. Beraya di umah je.

Raya first hari tuh macam biaselah, raya di umah wa bersama cousins and relatives. Sudah menjadi adat tiap2 tahun. Makan-makan, sembang-sembang, main bunga api, karok lagu raya. Ok la gak dari last year kitorang layan movie and bowling, haha.

Baju raya masing-masing sgtlah colourful. Famili kami dgn kaler oren. Famili Pak Ngah plak biru air laut same pink-purple. The Yuzers pula memilih warna 'cream'. Famili Pak Ajis yg guys warna biru gelap royal blue manakala gals warna pink. Achik and Uncle Sham with soft blue and anak2 kaler hitam. Famili Pak Oli pulak datang dgn tema grey-silver. Selain tu yg datang famili Mak Ndak and famili Mak Uda, takde tema, kacuk-kacuk kalernye. Only famili Pak Long je yg tak dapat datang.

raya 2010 - uncles
The Uncles

raya 2010 - nephews
The Nephews

raya 2010 - auntie and nieces
The Aunties and The Nieces

raya 2010 - nieces
The Nieces Only

Friday, September 3, 2010

BOF Finale

Ok, wa sudah abih menonton BOF, one of the best series i've watched in years!!! ternyata pas nih wa akan ade masalah utk melupekan watak2 seperti Jan Di, Jun Pyo, Ji Hoo, Ga Eul, Yi Jung ngan Woo Bin. Masih terngiang2 lagi style Jun Pyo memanggil Jan Di, "Hei Geum Jan Di!" or the other way round, "Gu Jun Pyo!" masing2 dgn ekspresi muke yg kerap kali with that annoying look. Haha!!!

For other characters:
Ji Hoo - wa akan ingat sbg watak yg always calm and always hides his feeling, x kisah asalkan the loved ones bleh terus senyum dan senyum (sedikit sbyk mencerminkan peribadi wa).
Ga Eul - wa byk kali recall beliau dgn ekspresi blur (yg jugak her innocent look) when with Yi Jung.
Yi Jung - wa rase senyuman beliau la kot, wa saspek mane2 girls pun bley cair.
Woo Bin - "Hey wussup bro?!" haha, mmg wa akan associate this phrase with him, mamat yg cool.

So now wa kene say ta-ta kat BOF, time to move on, gonna miss this series, like seriously. Kenchanaya? Kenchana..... Bye2 BOF!!!

bof 5

bof 6

bof 7
Goodbye Boys Over Flowers!!!

Goo Hye Sun @ Geum Jan Di
Goo Hye Sun @ Geum Jan Di, saranghae!!

Wednesday, September 1, 2010

BOF Pre-Finale

Nampaknye sudah 3 kali berturut2 post wa berkenaan BOF, nampak sgt kegilaan wa terhadap series nih.

Okeh bagi menjawab soalan rakan wa, wa sudah layan BOF sehingga episod 24, which is the second last episode. Disebabkan wa jugak, kawan wa itu pun bley plak re-layan balik BOF tuh. So episod 24 nih berkisar tentang... eh tamau la cite, kang spoiler pulak. But seriously towards the ending nih byk pulak part2 yg sedey tarak hengat tahap cipan berterbangan peringkat ke-17, punyelah sedey!!!

So yg tinggal the last episode, the Finale, which wa saje reserve one special day utk tgk. Wah tak sabar plak nak tau kesudahan cite tersebut. E'eh kawan wa yg sorang lg peminat BOF sudah tag wa dlm pic BOF kat Facebook, gila ah ding dong la mamat nih. Wa ialah Yoon Ji Hoo dlm pic tersebut, sesuai kot? haha (tetibe terase agak ironi watak itu dgn diriku). Oh and wa sudah successfully download and melayan Original Sound Track (OST) BOF nih.

bof 1
Sgtlah sweet ok

bof 2 bof 3 bof 4
I Love Boys Over Flowers!!!

Wednesday, August 25, 2010

Sensitivity

Ok sudah hari ke-15 kite berpuase. So far so good. Cuma the past few days agak hectic with assignments and presentations but now wa ingat dah boleh kembali menghirup udara segar. No more staying up after sahur semata2 utk siapkan assignments. No more presentations mcm semalam abis around 12.30am (dah la pagi ni keje, sheeshkebab btol la). Indah. Oh plus Jumaat and Selasa depan cuti. Memang cukup indah.

So apekah agaknye agenda di waktu cuti tersebut? of coz la wa nak khatamkan Boys Over Flowers! haha! Now dah sampai episod 8, where Jun Pyo dgn sgtlah gigih masih lg cube mengorat Jan Di. Ah the Great Jun Pyo. Tu la dulu ego sgt. Sikalang apa sula jadi? Haha, tapi mmg diorg couple yg sgt sweet. Masing-masing degil tarak hengat.

Yg penting wa sgt suke lakonan Koo Hye Sun yg memegang watak Jan Di tu, SGT COMEL OK? and wa suke gak melihat kawan rapat beliau, Ga Eul tuh, die pun SUPER CUTE! kalau among the guys (attention, wa bkn gay ok), wa pilih Yi Jung. Wa rase die agak cool. Ok full stop.

Ok why I love Korean dramas? sebab they bleh buat wa nangis at one moment, pastu next scene wa bleh senyum balik n pastu nangis balik. Sepanjang wa tengok series nih wa dah x ingat brape kali wa nangis. Sorry wa memang akan menitiskan air mata when menyaksikan atau mengalami situasi2 yg touching mcm nih. Hati wa memang mudah tersentuh. Adakah tu bermakna wa ni lemah? Ntahlah...

Friday, August 20, 2010

Budak2 Lelaki Atas Bebunga

Oh terase lame pulak tidak menghapdet ini blog. Tup tap tup tap dah 10 hari berpuasa, rase macam cepat je bulan Ramadhan nih berjalan. Wa pulak minggu ni banyak pulak assignment yg perlu disubmit. Plus interim report for wa punye dissertation pun perlu disubmit Isnin nih. So nak tak nak wa kene pulun jugak weekend nih.

Dalam kesibukan tu wa sempat jugak layan satu drama bersiri Korea yang bertajuk Boys Over Flowers which diadaptasi dari sebuah manga Jepun, Hana Yori Dango. Buat pengetahuan u ols, wa memang layan siri2 Korea nih. Cite2 macam My Girl, Full House, Autumn in My Heart and yang seangkatan dengannye sume wa dah khatam. Tapi biase wa layan sorang2 la, yela kang orang tengok wa nangis kang jatuhlah saham ye tak?

Btw back to the topic, wa dah tengok sampai episod dua. Syiok!!! Kisah seorang gurl, Jan Di yang di'accept' ke sebuah prestigious school. But little knew that the school banyak bully cases yg berpunca oleh a group of 4 super-handsome and hyper-berpengaruh guys, F4. Nak dijadikan cerita, Jan Di jadi the next victim. Tapi Jan Di ni jenis yg kapla keras macam batu tarak hengat punye la, never give up sampai pening gang F4 tuh. Lame2 bleh lak ketua kumpulan F4 tu fall in love plak with Jan Di. Now dah sampai part where the school go on a vacation which is worth around 20 million won, haha. OH I'M SOOOO ADDICTED TO THIS SERIES!!! CAN'T WAIT TO WATCH THE NEXT EPISODE!!!

boys over flowers
Boys Over Flowers ROCKS!!!!!

Wednesday, August 4, 2010

Lawak Encik Megat

Semalam masa kelas Economy, Encik Megat cerita about satu insiden pendek yg bleh tahan lawak gak, baru je berlaku.

Kejadian berlaku masa nak masuk lif, masa tu nak naik ke tingkat atas, from G floor. Adelah sorang mamat (Mamat X), naik sekali. Encik Megat nak ke Tingkat 1, jadi beliau tekan '1'. Disebabkan beliau dekat dgn buttons lif tersebut, beliau pun tanye lah Mamat X tuh nak ke tingkat brape.

Encik Megat : One ke?

Mamat X menunjukkan muka yg agak2 confuse bercampur blur di situ, baru bangun tido ke hape.

Mamat X : Eh tak, nama saye bukan Wan.

Encik Megat : (Tepuk dahi, dlm hati cakap yaa rabbi, sengalnye mamat nih) Laaaa, bukan bukan, tingkat satu ke?

Mamat X : (Tersipu-sipu malu) Ha'ah, ye ye, hehe...

Tuesday, August 3, 2010

Bila Hati Sudah Ke Laut

Oh sudah Selasa. Tinggal lebih kurang 54 jam lagi utk bertolak ke Pulau Tenggol. Saya sangat tidak sabar. Sedikit teaser sebagai permulaan.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Gambar ehsan Tenggol Island Beach Resort

Friday, July 30, 2010

Confession No.1

confession no.1

Confession No.1, album sulung Afgan yg diterbitkan pada tahun 2008, menampilkan lagu hit 'Terima Kasih Cinta', dapatkannya sementara stok masih ada.

Ok2, ini hari wa ade membuat satu pengakuan la. Confession bak kate omputih. (transform jadi sopan santun, BERTUKAR!!!) Adelah satu gurl nih. Saye sgt meminati beliau. Saye rase beliau sgt comel dan memiliki suare yg sgt cute. Namun saye bab2 nak express feelings nih memang lembab skit. Maka beliau pun menukarkan status FB beliau ke 'In A Relationship' beberapa purnama (kot?) selepas itu.

Sejak dari tu saye tak mendengar sgt perkhabaran dari beliau, adelah jumpe sekali sekala time makan2 ramai2, beliau of coz la with her bf la kan. And then, saye dijemput ke majlis pertunangan beliau. Yup, diulangi, PERTUNANGAN. Walaupun agak berat tapi saye gagahi jugak la, atas dasar PERSAHABATAN. Aduhai, beliau sgt cantik di hari tersebut.

Kemudian keadaan kembali hambar, sebab beliau dah jadi tunang orang, so tidak perlulah saye sebok2 bukan? Tapi semenjak dua menjak ni pehal la saye selalu bebenor respon kat FB beliau, saye pun kurang pasti apakah itu? And then last week, rakan-rakan ade menganjurkan aktiviti BBQ dan picnic kat salah sebuah air terjun dan mengajak saye. Beliau pun ade sekali. Nak diajinomotokan cerita nih menjadi lebih menarik, tunang beliau TAK DAPAT JOIN. Yessssss.....

So the night before, saye cadang nak tolong la skit, shopping barang2 yg nak dibawak ke sane, since saye pun agak free. Yg sebenor benornye saye nak sgt jumpe dgn beliau. Maka tercapailah hajat saye and adelah gurau2 senda antara saye dan beliau. Walaupun cume gurauan semata-mata namun sedikit sebanyak membuat saye agak gembira.

Esoknye, saye sangat2 looking forward utk jumpe beliau. Mula-mula I thought gerak sekali, tapi beliau dah gerak dulu. Takpelah jumpe kat sane je la kan.

Sampai sane, beliau dah masuk dalam air. Alaaaaa cutenye... Saye cool dulu, selagi api utk BBQ tak siap saye tanak masuk. Then lepas bara dah stabil and bakar ayam skit, saye pun masuk air gak, dgn kepanasan yg maksima (bcoz of the kesusahan membuat api and the weather) disejukkan serta merta oleh air sungai yg sejuk tarak hengat punye. And jugak disejukkan oleh senyuman manis beliau. Cairrrrrrrsssssssszzzzzzz.......

Kat situ ade la tempat utk terjun. Agak dalam gak, dgn ketinggian beliau mmg tak jejak la dasar. Beliau pun tak pandai berenang. So saye offer la utk tolong pegang tangan beliau lepas beliau terjun tuh. And dapatlah saye pegang tangan beliau, walaupun sekejap, tapi sungguh indah perasaan itu. Pastu lepak2 jap and setelah jari jemariku sudah kecut dan hari pun hampir gelap, kami pun berangkat pulang.

Hari ini, ya, hari ini, camne ntah saye terluahkan feelings saye terhadap beliau. Beliau sgtlah tak sangka and to make things lebih menarik, beliau gak secretly ade crush dgn saye, sejak pertemuan kali kedua kami lagi (lama jugak tuh). Beliau kate saye cute, hikhikhik. Only kawan2 rapat beliau je yg tau. Saye jugak yg tak tau.

So the moral of the story is, if u like somebody, terus terang je la, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. Ayat ini dikeluarkan oleh beliau sendiri, tepat mengena kat batang hidung saye. Sekian.

Monday, July 26, 2010

Sun Appears Again

Monday 26th July

Mentari Muncul Lagi.

Kadang-kadang, bila kita tengok cuaca mendung, kita akan kata, "Hari nak hujan." Lalu kita akan berlari-lari anak utk mengangkat kain di ampaian. Bak kata Pendekar Mustar, "Ernieee, angkat kain jemuran... Hujan dah turun..."

Dan bila hujan dah turun, kita akan kata, "Lebatnya hujan, bila la nak berhenti ni." Semakin lebat hujan, semakin tipis kebarangkalian utk hujan tu berhenti.

Dalam wa punye kes nih, hujan mmg tengah lebat tahap gaban peringkat kelima belas dan kemungkinan hujan utk berhenti adelah 0.01 peratus.

Namun bile wa bukak gmail wa ini pagi, itu hujan sula berhenti maa... Digantikan dgn cahaya mentari yg girang gembira menyinari ditemani siulan burung-burung yg keluar mencari rezeki dan rama-rama yg bebas berterbangan. Hari yg cukup indah.

tenggol 2
Mentari Muncul Lagi

"guys, aku dah dpt info dr Pulau Tenggol, tempat yg efek kat area Teluk Air Tawar only, which is BUKAN tempat kita, so guys, get packing, the plan is still ON and we are going to PULAU TENGGOL bebeh!!!!!!!!!"

The Back Up Plan

Friday 23th July

Title entri nih adalah kebetulan sama dgn movie yg wa plan nak tengok hujung bulan nih.

Memandangkan percutian ke Pulau Tenggol 80% tak jadi, we need a backup plan.

First of all, cancel the reservation and mintak refund.

tenggol 1
e-mail sent on 2:58pm, 23rd July

MODE: Searching for alternatives. Waterfalls? Or stick with beaches? SCANNING..............

Labels

2nd post (1) Birthday (11) BON85 (1) chips n chops (1) Family (12) Holiday (12) iPhone 4 (1) Karaoke (3) Movie (6) my heart (2) no label (1) SNC (4) Tagged (2) UiTM (1) UNITED (1) Wedding (3) World Cup (6)
Powered By Blogger

Followers

About Me

My photo
SHAH ALAM, SELANGOR, Malaysia
Four-eyed beast