Friday, February 25, 2011

Cerita Rumah Hantu Seksyen 2

Sekarang ni tengah heboh pasal kisah rumah hantu kat Seksyen 2, Shah Alam, kiranye dekat bebenor la dengan rumah wa. Kat FB, blog, forum, semua cerita pasal rumah tu. Tak payah la wa post lagi kat sini cerita tu.

So, last week aku, Potet, Rina, Mokcik and Shera adelah lepak-lepak and after tu bercadang nak buat site visit lah kiranye. Time tu adelah around 11pm kot.

Kami ronda-rondalah Seksyen 2 tu, cari rumah yang agak-agak paling buruk lah. Time tu ade 2-3 rumah yang gelap so kami pun tak pasti which one is the house. Kami tipon Tiqah, which her house is just kat Jalan Bunga Melati, Seksyen 2 tu.

Based on her info, ade banyak sebenarnye umah hantu kat Seksyen 2 tu. Yang dia pasti, satu banglo (but dah kena roboh and now tanah kosong - tak tau why takde rumah baru to be build at the empty lot), one kat Jalan Bunga Kemunting (which is yang orang dok crita merata-rata la ni).

So kami geraklah ke Jalan Bunga Kemunting and jumpalah rumah tu. Tapi yang kami pelik rumah tu bukanlah sebuah banglo seperti yang digembar-gemburkan, rumah teres corner lot je. Just rumah kosong yang usang, seperti dah lama ditinggalkan. Wa sempat la rakam video tapi gelap, tak nampak pape pun.

The next day wa balik ofis lambat, so wa cadang nak jengah-jengah la Seksyen 2 tu. Sampai sana around 11pm, rumah tu maintain gelap, nothing weird. The night before wa ade wat research, kat Jalan Bunga Melati and Jalan Bunga Matahari pun ade rumah hantu. Wa gi jengah Jalan Bunga Melati dulu.

Rumah tu banglo, betul-betul next to SIRIM, tepi jalan besar. Rumah tu gelap, except that lampu porch and ade satu bilik on the top floor lampu bukak. Wa just usha je dari dalam kereta.

Pastu wa ronda-ronda lagi Seksyen 2 tu. Dengan tak sengaja wa pun terserempak dengan Jalan Bunga Matahari. Bukan main teruja lagi wa. And yes, wa jumpa satu rumah tinggal yang agak angker. Rumah buruk tu belah kiri, tanah kosong bersemak samun belah kanan. Cukup ramuan. Wa pun amik gambar satu, which later wa send kat FB Mokcik. Then wa balik umah, lapar, mau makan.

Sok malam balik opis pun wa singgah lagi Seksyen 2 tu, pun pukul 11 jugak. Sid suruh wa amik gambar umah Jalan Bunga Kemunting tu. Wa amik dan post kan FB beliau. And then wa lawat lagi umah Jalan Bunga Matahari yang angker itu before pulang ke rumah.

The next day (which is hari kelmarin, Rabu) after class Economics, wa singgah rumah Jalan Bunga Melati pulak, pun around 11pm. Dah takde keje aku ni gi rumah hantu untuk 4 malam berturut-turut. Tapi haram satu hantu pun takde. Aku amik gambar and post kat FB Shera. Dia cakap ade something tapi aku tengok benda tu is nothing pun. Gelabah la lu minah.

Pagi tadi wa lalu Kolej Jati, depan kolej tu pun ade rumah tinggal sebijik. Tak terurus. Biasa. Next destination mungkin wa nak cari kat Seksyen 12 lak, ade port baikkkk punya.

Thursday, February 10, 2011

Friendly International: Malaysia vs Hong Kong

Event: Friendly Football International: Malaysia vs Hong Kong
Date: 9th February 2011
Kickoff Time: 8.45pm
Venue: Stadium Shah Alam

Hi there, it's been a while. Semalam telah berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam. Wa yang dekat ni tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan, tambahan lagi wa dapat tiket pree, sep doploh hengget.

Setelah collect tiket pree, wa gi jumpa batek ngan sapik, di celah-celah kontinjen supporters terulung pasukan Malaysia, the ULTRAS MALAYA. Macam biasalah if lepak dengan ULTRAS MALAYA memang takleh konsentret 100% on the game, in the end of the day, yang kami tau, kami menang 2-0.

Photobucket

Photobucket
Sapik, Batek, Gua

Photobucket
Tiket 'pree'

Seperti yang semua dah tau, penyerang sensasi kebangsaan, Safee Sali akan berhijrah ke negara jiran untuk perkembangan karier bolasepak beliau. ULTRAS MALAYA telah mencipta 'chant' khas untuk beliau sebagai tanda penghargaan dan ucapan selamat jalan.


Monday, January 10, 2011

Class? wth...

Ok UiTM dah bukak, tp macam biaselah, first two weeks maintainkan zero-attendance. Motto wa ialah, biar tak datang kelas, asal happy. Last sem pulak tu, memang konpiden la tahap kemalasan wa mungkin telah mencapai tahap matang.

Thursday, December 30, 2010

Final Matchview feat. Ultras Malaya

Semalam memang havoc. Ultras Malaya turun menggegarkan Hakim Section 7 Shah Alam. Wa bersama Batek, Pokpih and Potet turut join the crowd.

Lepas office wa terus gerak Hakim. Sampai 6.30pm and dah packed dgn manusia. Siap ada booth jual t-shirt/jersey Malaysia. Banner Ultras Malaya tergantung menunjukkan depa dah sampai lagi awai.

Pre-match
Match belum start tapi suasana dah meriah. Gendang dipalu, flare dibakar, sambil menyanyikan chants 'wajib' Ultras Malaya disahut dgn kibaran jalur gemilang dan scarf2 hitam kuning. Macam dalam stadium. Manusia masih bertali arus datang, maka jumlah orang yang berdiri sama banyak dengan yang duduk.

Match
Malaysia perlu bermain dengan tenang, pressure semua ke atas pemain Indonesia. Tatkala Indonesia dapat penalti pada minit ke-17, abih ref jadi mangsa carutan kami. Dan pabila Khairul Fahmi menyambut bola tendangan tersebut dengan mudah, bergegar satu Hakim. Gegaran yang agak serupa berulang bila Safee Sali berjaya membolosi gawang Indonesia pada minit ke-54. Sejak tu player2 Indon semua kami anjingkan, prime target ialah Markus si keeper botak. Walaupun berkesudahan 2-1, Malaysia tetap membawa pulang piala AFF Suzuki dengan agregat 4-2.

Post-Match
Sebaik saja wisel penamat ditiup, kami melompat keriangan. Kami tukar port, join geng Ultras Malaya yang semakin havoc. Chants seperti lagu Negaraku, Inilah Barisan Kita, Champione Champione serta beberapa lagi lagu pembakar semangat dilaungkan diikuti pembakaran flare yang menghangatkan lagi suasana. Adalah jugak dua tiga jurukamera, silap haribulan masuk tv lah kami. Dan kemudian kami pun join perarakan membawa piala replika sepanjang jalan depan Hakim tu sambil menyahut chants sampai muntah.


Thursday, December 23, 2010

Kembali

Ok wa ingat nak kembali post entri, sebenornye wa dgn selambe yaya nye dah create blog baru sebentar tadi. Ape kes? Blog tu dedicate khas utk iPhone 4 wa, utk review applikasi dan permainan yg agak mahsyuk, wa ingat nak publicize la blog tu utk panduan pengguna-pengguna iPhone sekalian.

Tapi tak bermakna wa akan lupakan lu Chips, wa akan try jugak la menghapdet lu jikalau masa dan waktu mengizinkan.

Wa demam pulak hari ni Chips, wa mmg jarang demam, setahun tu ade la 2-3 kali gak la, tapi masih nak dtg ofis gak, setakat demam, apedehal? cuma yelah takut berjangkit lak dgn dak2 office, hopefully x la kot.

(hari ni post tanpa kaler sebab muka wa pun dah xde kaler, batuk kung kang kung kang, abeh bakteria sume wa sebar, wakakakakaka, adehhh terpaksala wa kansel date dgn Lisa malam ni)

Wednesday, December 1, 2010

Kekasih Baru

"I don't want you to give it all up and leave your own life collecting dust"

Eh sorry chips wa tak sengaja tinggalkan lu hingga berhabuk sebegini, yang sebenor-benornye ade la sebabnye wa jadi macam ni, meh wa story kat lu.

Wa nak cite nih, akhirnye, wa dah jumpa kekasih hati wa.....

Citenye berlaku pada jam 10 pagi, 23hb Oktober 2010 bersamaan 15 Zulkaedah 1431. Hari Sabtu. Wa masih ingat lagi betapa cerianya dan indahnya hari tersebut, hati wa girang semacam, makan sarapan pun berpinggan-pinggan, berselera sungguh.

Di hari tersebut wa gerak SACC sorang-sorang. Biaselah da takde awek nak buat camne. Kadang-kadang wa terase macam loser pulak. Eh tak, bukan wa tak laku ok, saje wa jual mahal, kalau diikut nafsu dah lame dah wa jadi laki Lisa Surihani.

Ok nak dijadikan cite wa sampai kat satu kedai kat SACC tu, wa terpandang si dia. Cantik, anggun, menarik ko memang tembam, memang indescribable lah pendek kata. Wa terus jatuh cinta. Wa ingat nak cuba nasib, manelah tau untung-untung badan dapat. Wa pun dengan selambe badaknye masuk kedai tersebut.

Aku: "Awak awak, nak tanye ni wak, iPhone 4 ade stock tak?"

Gadis manis: "Ade, tapi 32GB la, nak?"

Aku: "Of coz!!!"

Lalu wa setelkan pape yang patut, 10 minit kendian setel da, wa balik umah.

Petang tu si gadis manis call gitau line dah aktif sume bagai and da boleh collect iPhone 4, wa bergegas ke SACC seperti tiada hari esok dan memeluk erat baby baruku yang baru dikeluarkan dari kotak itu dengan hati yang berbunga-bunga rafflesia, maka bermulalah episod cinta kami yang semakin hari semakin teguh. (oh yeah sungguh lame ayatku ini)

Friday, October 8, 2010

Lisa Oh Lisa

Aku dan Lisa Surihani. Kami berkawan memang dah lama. Dalam diam aku sebenarnya menyimpan perasaan terhadapnya tapi aku kurang pasti adakah dia juga sama sepertiku. Kini dia sudah menjadi pelakon terkenal tapi aku masih lagi seorang pembantu teknikal di salah sebuah firma konsultan ukur bahan di Shah Alam.

Aku sedang bercuti di salah sebuah hotel ternama. Sedang aku menuju ke restoran hotel untuk makan malam, aku nampak Lisa. Anggun seperti biasa. Dia pun nampak aku. Wajahnya agak terkejut. Aku pun berjalan ke arahnya.

Aku: "Lisa, awak buat apa kat sini?"

Lisa: "Eh, awak pulak buat apa kat sini?" Soalan aku tidak dijawabnya.

Aku: "Buat apa lagi, makan la, tak kan nak main konda kondi kot? hehe, eh jom makan sekali, I sorang nih".

Lisa: "Hikhikhik, jom!"

Kami pun bergerak ke meja buffet untuk mengambil makanan. Aku lihat Lisa macam datang bersendirian. Pelik juga gadis secantik itu tidak berteman.

Aku: "Awak datang sini bercuti?"

Lisa diam.

Aku: "Atau ada shooting untuk penggambaran filem?"

Dia masih tidak menjawab. Sebaliknya wajahnya tiba-tiba menjadi sedih.

Aku: "Eh kenapa ni Lisa? Awak ni, if ada masalah, ceritalah kat I, you know that you can tell me anything, hmmm?"

Ekspresi wajah Lisa menjadi semakin sedih. Seolah-olah mahu menangis. Tiba-tiba dia berlari keluar dari restoran itu.

Aku tercengang seketika. Tergamam. Bagaikan telah dihipnosis. "Ish apa aku buat ni?" Aku meletakkan pingganku di meja buffet itu lalu bergegas mengejar Lisa.

Aku keluar dari restoran. Lisa tidak kelihatan. Aku teruskan berlari, berdasarkan gerak hati. Aku turun tangga. Sekali langkau dua tiga anak tangga. Ni kalau jatuh pun aku tak peduli, Lisa harus kucari.

Di lobi ku lihat terdapat lebih kurang 10 orang berkumpul, mengerumuni sesuatu. Aku risau. Semakin hampir semakin jelas imej sesusuk tubuh kelihatan berbaring di atas karpet lobi itu, lemah. Lisa.

"Lisa!!!!! Apsal nih? What happened?," tanya aku dangan nada yang penuh emosi.

"Dia pengsan. Tak cukup makan," jawab seorang yang agak berumur. Aku pelik macam mana la dia boleh tau.

Aku pun tanpa banyak berfikir terus mendukung Lisa lalu berlari-lari anak menuju ke destinasi yang aku sendiri pun tak tahu. Aku naik balik tangga yang aku turun tadi. Sampai kat atas tiba-tiba Lisa bersuara,

Lisa: "Dah la tu, sampai bila awak nak dukung saya ni? hehe."

Aku: "Eh awak ni ok ke tidak ni Lisa?"

Lisa: "I ok je, saje je tadi."

Aku: "Eeeeee awak nih, buat I risau tau tak? Main-main pulak awak nih! Huh!!!"

Kemudian, kami menuju ke coffee house dan berjumpa dengan Faizal Tahir. Part ni aku tak faham. Kami sembang-sembang, tiba-tiba henponku berdering. Aku seluk poket aku. Tiada henpon. Deringan itu semakin kuat. Aku gelabah. Masih lagi berbunyi. Tak henti-henti. "Aaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!"

Aku terjaga, alarm henponku berbunyi, memecah keheningan pagi. Ku capai henponku, mematikan alarm. Lalu tersenyum dan berkata kepada diri sendiri, "La mimpi rupanya, ceh, Lisa Surihani, mimpi aku pun kau nak masuk ke? Lisa oh Lisa..."

Labels

2nd post (1) Birthday (11) BON85 (1) chips n chops (1) Family (12) Holiday (12) iPhone 4 (1) Karaoke (3) Movie (6) my heart (2) no label (1) SNC (4) Tagged (2) UiTM (1) UNITED (1) Wedding (3) World Cup (6)
Powered By Blogger

Followers

About Me

My photo
SHAH ALAM, SELANGOR, Malaysia
Four-eyed beast